suria

Buah Pala: Tahan tiga suspek bagi bantu lengkapkan siasatan, kata polis

PULAU PINANG: Penahanan tiga penduduk Kampung Buah Pala pada Sabtu lepas bertujuan melengkapkan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung ugutan jenayah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Azam Abdul Hamid berkata tiga daripada enam lelaki yang ditahan itu juga sedar kesalahan yang mereka lakukan dan ia tiada kaitan dengan tekanan dari mana-mana pihak.

"Kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil, ini adalah prosedur siasatan biasa dan ia mengikut undang-undang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya pihak polis juga akan terus menahan suspek lain bagi melengkapkan siasatan sebelum dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan.

"Dalam proses undangundang dan jenayah tidak ada pihak yang kebal, bagi penduduk Kampung Buah Pala pula jangan jadikan simpati sebagai imuniti," katanya.

Azam juga menegaskan tidak timbul isu Balai Polis Jelutong di sini dikepung, sebaliknya kedudukannya yang terletak di persimpangan jalan serta tiada ruang menyebabkan ia kelihatan seperti dikepung dengan kehadiran orang ramai dan penyokong penduduk yang ditahan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain