suria

Polis panjat pokok mangga dapatkan barang bukti

SEREMBAN: Polis bukan sahaja terpaksa menyelam ke dalam lombong malahan terpaksa memanjat sebatang pokok mangga di sebuah rumah kosong untuk mendapatkan semula alat ganti motosikal curi yang disembunyikan dalam satu kejadian di Taman Seri Pulai, Sikamat hari ini.

Menurut jurucakap polis, setakat ini, dua rangka motosikal jenis Honda dan satu rangka Yamaha RX7 berjaya ditemui dari dasar lombong bersama lapan buah enjin yang sudah dilerai.

"Kita juga melihat ada motosikal yang dilerai disangkut di celah-celah pokok mangga untuk mengabui mata," katanya ketika ditemui Bernama semasa polis sedang menjalankan operasi mencari rangka motosikal di dasar kolam itu.

Kolam itu ditunjukkan oleh tiga suspek berusia 20an selepas mereka ditahan polis pada Jumaat lepas di sini setelah terlibat aktif dalam jenayah ini sejak beberapa bulan lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain