A(H1N1): Ragut mangsa ke-72, 280 disahkan positif - Semasa | mStar

A(H1N1): Ragut mangsa ke-72, 280 disahkan positif

KUALA LUMPUR: Influenza A(H1N1) yang merebak di negara ini meragut nyawa seorang lagi mangsa, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak berkenaan meningkat kepada 72 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mangsa terbaru merupakan seorang lelaki berumur 49 tahun dan bermasalah kesihatan hepar (hati).

Mangsa yang dimasukkan ke Hospital Melaka pada 13 Ogos dengan simptom demam dan batuk selesema selama dua hari serta muntah meninggal dunia pada 19 Ogos disebabkan oleh H1N1 dengan Sindrom Pernafasan Teruk Sistem Respiratori Strok (ARDS).

Beliau berkata, sehingga pukul 9 pagi ini, sejumlah 280 daripada baki seramai 1,515 pesakit yang sedang menerima rawatan kerana mempunyai gejala influenzalikeillness (ILI), disahkan positif H1N1.

Katanya, daripada jumlah itu, 44 kes berada di ICU di mana lima kes merupakan kemasukan baru, sementara tujuh kes keluar dari ICU.

"Daripada 44 kes yang sedang dirawat di ICU, 36 (82 peratus) mempunyai faktor risiko," katanya.

Ini termasuk tiga kes yang mengidap penyakit kronik, obesiti (4), kanak-kanak/bayi (7), post natal/hamil (2), penyakit jantung (3), kegagalan ginal (4), asthma (3) dan imuniti rendah (2), katanya. Dalam pada itu, Dr. Mohd Ismail berkata, 202 pesakit baru dengan gejala ILI telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 285 kes telah keluar.

"Ini menjadikan baki seramai 1,515 pesakit ILI sedang dirawat di 97 hospital termasuk lima hospital swasta di seluruh negara," katanya.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 masih lagi aktif di mana jumlah kes sehingga 30 Ogos ada 246,221 dengan 2,958 kematian yang melibatkan 182 buah negara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Kota Seputeh serah kepada SPR

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain