suria

Isu tahanan Guantanamo dibincang degan Jabatan Negara Amerika - Jamaludin

KUALA LUMPUR: Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berkata beliau akan membuat susulan mengenai isu dua rakyat Malaysia yang ditahan di pusat tahanan Telok Guantanamo.

Jamaluddin, yang akan berlepas ke Washington esok, berkata isu itu merupakan antara agenda utama apabila beliau memegang jawatan itu.

"Saya akan membuat susulan mengenainya. Saya akan membincangkannya dengan Menteri Luar dan membuat susulan perkara itu dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan majlis berbuka puasa dengan ketua pegawai eksekutif syarikatsyarikat terkemuka Amerika di Malaysia di sini semalam.

Isu mengenai dua tahanan itu dibangkitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbualan telefon dengan Presiden Amerika Barack Obama pada Jun lepas.

Dalam perbualan itu, Najib memohon kepada pihak berkuasa Amerika supaya menyerahkan keduadua tahanan itu kepada Malaysia dan negara ini bersedia menerima dan membenarkan penahanan mereka diteruskan di sini.

Kedua-dua tahanan, Mohd Mohd Farik Amin atau Zaid (Zubair) dan Mohammed Nazir Lep or Bashir Lep (Lillie), ditahan di Telok Guantanamo atas dakwaan terbabit dalam kumpulan militan Jemaah Islamiah dan AlQaeda sejak 2003, dan merupakan antara 250 tahanan yang berada di pusat tahanan Amerika itu.

Terdahulu, semasa berucap Jamaludin berkata beliau sedang mengatur rancangan bagi lawatan Perdana Menteri ke Amerika sebagai sebahagian aktiviti bagi mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara keduadua negara.

"Diharap kami dapat merealisasikannya pada November. Ia akan menjadi satu agenda yang agak besar membabitkan aktiviti penggalakkan perdagangan dan pelaburan terutamanya dalam bidang IT (teknologi komunikasi) dan sektor bioteknologi," kata beliau. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain