PM umum saham amanah RM100 juta bantu penduduk miskin bandar - Semasa | mStar

PM umum saham amanah RM100 juta bantu penduduk miskin bandar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memperuntukkan saham amanah bernilai RM100 juta untuk penduduk miskin di kawasan bandar bagi meringankan beban kewangan mereka.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha tersebut akan membantu menjana pendapatan sampingan kepada kumpulan sasaran berkenaan.

"Kami kini dalam proses mengumpulkan senarai penduduk miskin," kata beliau pada majlis berbuka puasa dengan warga kota di Masjid Al Bukhari di Jalan Hang Tuah di sini, hari ini.

Najib berkata, kemiskinan tidak hanya terhad kepada penduduk kawasan luar bandar sahaja.

"Mereka yang miskin di kawasan bandar juga memerlukan bantuan," katanya.

Dalam pada itu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan lanjutan peruntukan langganan Amanah Saham 1Malaysia untuk kumpulan kaum kepada 30 September ini.

Bagaimanapun, had pelaburan maksimum untuk langganan unit baru akan dihapuskan selepas 30 hari tempoh tawaran bermula 4 September, 2009, demikian menurut PNB dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan untuk melanjutkan nisbah peruntukan dibuat bagi memberikan masa tambahan untuk orang ramai dari pelbagai kumpulan kaum melabur dalam dana itu, kata presiden dan ketua eksekutif kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Amanah Saham 1Malaysia, dana harga tetap dengan saiz 10 bilion unit, dilancarkan pada 31 Julai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semasa tempoh tawaran selama 30 hari, had pelaburan maksimum sebanyak 50,000 unit dikenakan untuk pelabur berumur 18 hingga 55 tahun dan 100,000 unit untuk pelabur 55 tahun dan ke atas.

Sehingga 25 Ogos, lebih dua bilion unit Amanah Saham 1Malaysia dilanggan oleh 148,830 pelabur, kata Hamad Kama Piah.

Dana berkenaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan peruntukan sebanyak 50 peratus untuk pelabur Bumiputera, 30 peratus pelabur Cina, 15 peratus bagi pelabur India dan baki lima peratus untuk kumpulan etnik lain. BERNAMA

Artikel Sebelum

PM arah IGP bertindak tangani protes kuil

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain