suria

PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (JUMAAT)

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini (Jumaat, 28 Ogos).

12.30 tengah hari: Prosiding inkues ditangguhkan sehingga 8 September.

12.20 tengah hari: Koroner Azmil Muntapha Abas membenarkan bukti-bukti berkenaan - berkaitan dengan elemen kekerasan - dikemukakan di mahkamah.

12.18 tengah hari: Peguam Gobind menyatakn bukti-bukti berkenaan adalah perlu bagi membuktikan bahawa memang wujud kekerasan yang dilakukn oleh pegawai SPRM semasa menyoal siasat saksi. Ini kerana kesemua saksi SPRM yang telah memberikan keterangan menyatakn bahawa mereka tidak pernah menggunakan kekerasan semasa soal siasat.

12.06 tengah hari: Bagaimanapun Tan mengemukakan pandangan bahawa bukti-bukti berkenaan adalah tiada kaitan dengan inkues ini.

12.04 tengah hari: Koroner diberikan bukti-bukti berkenaan untuk diteliti.

11.58 pagi: Gobind memberi tahu mahkamah bahawa beliau akan membawa saksi yang mendakwa pernah didera olh pegawai SPRM. Gobind menyatakn beliau juga akan mengemukakan laporan polis dan foto-foto bagi membuktikan tuduhan itu.

11.55 pagi: Peguam Gobind bertanya kepada Mohd Ashraf sama ada beliau sedar ada banyak laporan polis dibuat terhadap beliau kerana mendera saksi. Saksi bagaimanapun nyatakan beliau tidak tahu mngenainya.

11.52 pagi: Mohd Ashraf kekal dengan kenyataannya bahawa beliau tidak mendengar apa-apa bunyi bising setelah berkali-kali ditanya Gobind.

11.42 pagi: Mohd Ashraf menyatakan beliau tidak mendengar sebarang jeritan atau pergaduhan pada awal pagi 16 Julai. Gobind kemudian asak Mohd. Ashraf dengan mempersoalkan siapa yang berbohong kepada mahkamah sama ada beliau atau Bulkani.

11.40 pagi: Gobind mengesyorkan kepada Mohd. Ashraf bahawa beliau berada di pejabat sehingga pukul 5 pagi adalah untuk mendera Teoh. Namun Abdul Razak bantah soalan tersebut.

10.40 pagi: Mahkamah berhenti rehat.

10.25 pagi: Mohd Ashraf mengakui terlupa bahawa beliau telah keluar lebih awal dari pejabatnya iaitu kira-kira pukul 2.50 pagi.

Pada mulanya, beliau memaklumkan tidak pernah meninggalkan pejabatnya sehingga beliau pulang pada pukul 5.12 pagi.

Katanya, beliau keluar pada pukul 2.50 pagi itu untuk mengambil surat khabar.

10.20 pagi: Mohd Ashraf memamklumkan kepada mahkamah bahawa semasa proses soal siasat dijalankan tiada sebarang kekerasan digunakan terhadap Teoh.

9.43 pagi: Mohd. Ashraf menambah, Teoh ada meminta air daripadanya sewaktu beliau membuka pintu pejabatnya untuk keluar. Pada ketika itu Teoh hanya berbaring di sofa, bukannya tidur.

9.40 pagi: Mohd. Ashraf memberitahu kira-kira pukul 4.45 pagi beliau nampak Teoh sedang baring pada sofa di ruang tetamu siasatan.

9.35 pagi: Mohd. Ashraf memaklumkan beliau bersama seorang lagi pegawai SPRM telah menemu bual Teoh kira-kira dua jam bermula pukul 10 malam hingga 12.40 tengah malam.

9.25 pagi: Prosiding inkues bermula. Saksi ke-19, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Ashraf Mohd. Yunus dipanggil memberi keterangan.

PERKEMBANGAN INKUES PADA 27 OGOS 2009 (KHAMIS) PERKEMBANGAN INKUES PADA 26 OGOS 2009 (RABU) PERKEMBANGAN INKUES PADA 25 OGOS 2009 (SELASA) PERKEMBANGAN INKUES PADA 24 OGOS 2009 (ISNIN)

Artikel Lain