suria

Gempa bumi di Laut Banda

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia berpusat di latitud 7.2 Selatan dan longitud 123.5 Timur pada 9.51 pagi ini.

Jabatan Meteorologi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan hari ini berkata, pusat gempa bumi itu terletak 505 kilometer dari tenggara Makassar, Indonesia dan 1,413km dari tenggara Tawau, Sabah.

Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia berikutan kejadian gempa itu. BERNAMA

Artikel Lain