suria

PKFZ: Kemungkinan wujud konspirasi 5 pihak

PUTRAJAYA: Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng mendedahkan wujudnya konspirasi antara lima pihak termasuk bekas Pengurus Besar PKA berhubung isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Selain bekas Pengurus Besar (PKA), Datin O. C. Phang, Lee berkata, mereka yang terlibat dalam konspirasi itu termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kuala Dimensi Sdn. Bhd., Datuk Seri Tiong King Sing, Arkitek BTA dan Perunding Kerja Pembangunan PKFZ Bernard Tan Seng Swee.

Kuala Dimensi Sdn. Bhd. ialah kontraktor siap guna projek PKFZ.

Lee berkata, pelbagai pihak telah membuat tuntutan bayaran ke atas projek PKFZ sehingga mencecah kepada kira-kira RM1.5 bilion.

Ini didedahkan dalam laporannya yang difailkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat SPRM, Rabu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain