suria

KPDNKK rampas gula bernilai RM58,000

TAIPING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) hari ini merampas 42 tan metrik gula bernilai RM58,800 daripada seorang pemborong gula di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai di sini kerana menjual gula tanpa lesen.

Timbalan Pengarah KPDNKK, Mohamad Shahar Osman berkata, berdasarkan daripada maklumat orang ramai, seramai 10 anggota KPDNKK telah mengadakan serbuan ke atas premis berkenaan pada pukul 2 petang tadi dan merampas 787 kampit (setiap kampit 50 kg) dan 125 bungkus gula (setiap bungkus 1 kg).

"Kita telah menyita bekalan gula tersebut manakala lelaki berusia 70 tahun dipercayai pengusaha berkenaan ditahan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Shahar berkata, kesemua gula yang dirampas itu akan dijual semula kepada peruncit.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 AKB 1961 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM250,000.

Katanya kilang Gula Felda Perlis juga akan disiasat kerana membekalkan gula kepada pemborong yang tidak berlesen. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain