suria

Ekonomi Malaysia pada landasan yang betul untuk pulih - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul untuk pulih.

"Saya rasa waktu sukar telah berlalu. Kita semakin pulih," kata Najib kepada pemberita semasa ditanya mengenai angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkini yang diumumkan Bank Negara Malaysia semalam.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dalam suku kedua 2009 menguncup 3.9 peratus berbanding penurunan 6.2 peratus pada suku pertama.

Ini membawa kepada pertumbuhan KDNK separuh pertama tahun ini pada -5.1 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, semasa mengumumkan angka KDNK itu berkata penguncupan kecil ini adalah hasil daripada perbelanjaan awam yang tinggi dan pertumbuhan positif dalam penggunaan swasta.

Najib, yang ditemui selepas melawat Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia di sini, berkata beliau gembira dengan angka terkini itu.

"Kedua-dua pakej rangsangan telah menyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia," kata Najib yang juga Menteri Kewangan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain