Tiada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka dan KLCC - Semasa | mStar

Tiada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka dan KLCC

SEMANGAT MERDEKA...Peserta yang menyertai persembahan
SEMANGAT MERDEKA...Peserta yang menyertai persembahan "Rakyat Bersepadu" mengadakan latihan sempena sambutan Kemerdekaan ke-52 di Dataran Parlimen di sini, hari ini. Kemerdekaan pada tahun ini diadakan di bangunan Parlimen dan disambut secara sederhana bagi menghormati bulan Ramadan.--Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang sambutan ambang merdeka akan diadakan di dua lokasi utama sambutan itu seperti tahuntahun sebelum ini iaitu di Dataran Merdeka dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) bagi menghormati bulan Ramadan selain penularan wabak Influenza A(H1N1) yang semakin meningkat.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata sehingga kini pihaknya tidak mendapat permohonan daripada manamana pihak untuk mengadakan sebarang sambutan di sekitar ibu kota.

"Tiada sambutan ambang merdeka seperti konsert, percikan bunga api dan countdown (kiraan detik masa) akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di lokasi utama di Dataran Merdeka seperti yang dilakukan pada tahuntahun sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Petronas berkata sambutan ambang merdeka bagi mengira detik 12 tengah malam tidak akan dilakukan di Taman KLCC memandangkan pada malam itu, ia dipenuhi dengan program keagamaan seperti solat tarawih.

"Pihak kami ada mengibarkan bendera Malaysia yang boleh dilihat di dalam dan luar bangunan KLCC bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan ke52 ini, selain sebuah papan iklan dengan 'tagline' 1Warisan 1Matlamat di hadapan bangunan menara berkembar," katanya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim barubaru ini mengumumkan lokasi bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang sebelum ini dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, ditukar ke Dataran Parlimen atas sebab yang sama. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anwar nafi jumpa Najib di Putrajaya

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain