suria

Tekong tempatan, dua warga Indonesia seludup rokok ditahan

JOHOR BAHARU: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua hari ini menahan dua warga Indonesia dan seorang tekong tempatan kerana cuba menyeludup 2,460 karton keretek dan rokok putih.

Komander PGM Wilayah Dua ACP Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata ketigatiga mereka yang berusia antara 37 dan 48 tahun itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah bot di 1.5 batu nautika dari pantai ApiApi di Pontian.

Apabila diarahkan berhenti, bot itu terus memecut laju namun dapat dipintas selepas dikejar selama 20 minit oleh pasukan itu, katanya kepada pemberita di sini.

Sebanyak 2, 460 karton keretek dan rokok putih ditemui dalam bot itu, katanya dan menurutnya bot itu turut dirampas.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang tanpa kelulusan kastam manakala warga asing itu turut disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. BERNAMA

Artikel Sebelum

UPP tahan 6 lelaki Myanmar

Artikel Berikut

Artikel Lain