suria

Polis kenal pasti mayat lelaki berpakaian wanita

KUALA LUMPUR: Polis telah pun mengenal pasti identiti lelaki berpakaian menyerupai wanita yang ditemui mati terapung di kolam takungan banjir di Jalan Air Tawar, Air Panas, Setapak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata mangsa dikenali sebagai Kanan a/l Muthiah @ Suppiah, 42, beralamat terakhir di 282b, Batu 2 1/2, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Hasil pemeriksaan ke atas alamat terakhir mangsa, polis mendapati rumah itu kini diduduki oleh keluarga lain yang tidak mengenali mangsa.

"Kita mohon kepada keluarga mangsa atau rakanrakan yang mengenali mangsa agar tampil membantu siasatan kita," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Mangsa, yang sebelum ini disangka wanita kerana memakai skirt berwarna ungu dan baju biru selain berambut panjang keriting, ditemui mati dalam kolam tadahan itu dengan kesan kecederaan parah di kepala dan belakang badan serta satu tikaman di perut. BERNAMA

Artikel Sebelum

UPP tahan 6 lelaki Myanmar

Artikel Berikut

Artikel Lain