suria

Mayat lelaki Bangladesh ditemui di Kajang

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki rakyat Bangladesh ditemui di sebuah rumah di Sungai Tangkas, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Sakaruddin Che Mood berkata mayat lelaki berusia dalam lingkungan 30an itu ditemui dalam keadaaan tertiarap dan mempunyai kesan kelar di leher pada kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Kami turut menemui sebilah pisau berhampiran mangsa.

"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan buruh kontrak yang sudah lama tidak bekerja dan tinggal di rumah itu bersamasama rakan senegaranya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau berkata polis percaya lelaki itu dibunuh akibat salah faham dan pertengkaran dengan rakannya.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis kini sedang mencari rakan mangsa untuk membantu siasatan, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

UPP tahan 6 lelaki Myanmar

Artikel Berikut

Artikel Lain