Pegawai masjid diberi kuasa tangkap orang Islam minum arak di tempat awam - Hassan Ali - Semasa | mStar

Pegawai masjid diberi kuasa tangkap orang Islam minum arak di tempat awam - Hassan Ali

SHAH ALAM: Pegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak di lebih 370 masjid di Selangor diberi surat kuasa untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor menguatkuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata surat kuasa itu diberikan dua minggu lepas.

Antara kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadan ini ialah makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai pada masa berpuasa, katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kesalahan di bawah Seksyen 19 Enakmen itu boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau keduakeduanya sekali.

Dr Hasan berkata pegawai masjid yang mempunyai surat kuasa itu bagaimanapun tidak boleh menangkap pesalah tetapi hanya mengambil butiran diri dan jenis kesalahan serta barang kes untuk diserah kepada Pegawai Penguatkuasa Agama untuk tindakan lanjut.

Selain itu, Hasan berkata pegawai masjid boleh menangkap orang Islam yang meminum arak, tetapi perlu menyerahkan mereka kepada polis atau pegawai penguatkuasa agama.

Orang Islam yang meminum arak di tempat awam atau kedai, boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau keduadua sekali jika sabit kesalahan.

Bagi orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau keduadua sekali. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain