Polis lumpuhkan sindiket curi kereta lama - Semasa | mStar

Polis lumpuhkan sindiket curi kereta lama

KULIM: Polis Kulim melumpuhkan satu sindiket mencuri kereta lama setelah memberkas empat lelaki termasuk sepasang anakberanak di sini dan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh berkata polis turut merampas tujuh buah kereta lama dipercayai dicuri sindiket itu untuk mengambil bahagian tertentu sebagai alat ganti.

Katanya hasil Operasi Lejang yang dilancarkan Khamis lepas, polis memberkas seorang lelaki berumur 27 tahun dan menemui pelbagai jenis anak kunci kereta dan sebuah kereta lama dipercayai dicuri di sini. "Siasatan lanjut membawa kepada penemuan enam kereta lama yang dilaporkan dicuri Kulim dan Seberang Perai," kata Ghuzlan kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata enam buah yang dicuri Bukit Mertajam dan Kulim ditemui di sebuah bengkel kereta di Bukit Tengah, Bukit Mertajam.

Ghuzlan berkata pemilik bengkel itu berusia 50 tahun, bapa kepada lelaki pertama yang berumur 57 tahun dan seorang broker kereta berumur 40 tahun diberkas di bengkel tersebut pada mas serbuan dibuat.

Katanya sindiket tersebut yang beroperasi sejak dua bulan lepas mencuri kereta lama jenama Toyota, Mitsubishi dan Proton bernilai kira-kira RM40,000 dan menanggalkan alat gantinya untuk dijual.

Sebuah kereta milik seorang jurukur tanah yang dilaporkan hilang pada pagi Khamis lepas turut ditemui di bengkel tersebut bersama peralatan ukur mengukur antaranya kompas bernilai hampir RM10,000, tambahnya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SAH: Guru SMK USJ12 korban A(H1N1)

Artikel Berkaitan

default image

Bom Perang Dunia Kedua ditemui di Lutong

Artikel Lain