PAS anggap tindakan Mohd Radzhi proses pembersihan pakatan pembangkang - Semasa | mStar

PAS anggap tindakan Mohd Radzhi proses pembersihan pakatan pembangkang

BUKIT MERTAJAM: PAS menganggap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai proses pembersihan wakil rakyat yang tidak berintegriti dalam pakatan pembangkang.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya gembira serta tidak terkejut dengan tindakan Mohd Radzhi keluar dari PKR kerana mendakwa wakil rakyat itu merupakan beban kepada pakatan sehingga pelbagai dakwaan dibuat terhadapnya.

Mohd Radzhi juga harus meletak jawatan sebagai Adun Lunas kerana beliau dipilih pengundi di kawasan berkenaan yang mahukan PKR di situ mewakili suara mereka di DUN Kedah dan bukannya beliau sebagai individu, katanya pada sidang akhbar di Markas Pas Permatang Pasir di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia Kedah mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti itu.

Mohd Radzhi dilaporkan mahu mengekalkan jawatan exco negeri kerana ia pelantikan Sultan dan beliau juga tidak bercadang menyertai manamana parti lain.

Dengan pengumuman Mohd Radzhi itu, Kedah kini mempunyai empat ADUN dari PKR manakala PAS 16 ADUN dan tujuh daripadanya dilantik sebagai anggota Exco. Barisan Nasional mempunyai 14 ADUN manakala DAP hanya mempunyai seorang ADUN.BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

Bom Perang Dunia Kedua ditemui di Lutong

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?