suria

PGM rampas 216 kg gula

TAWAU: Polis Gerakan Marin (PGM) di sini merampas 216 paket gula pasir seberat satu kilogram setiap satu dalam Ops Octopus di perairan Pulau Sebatik, semalam.

Pegawai Pemerintah PGM Tawau DSP Husaini Zainal Abidin berkata dalam operasi pada pukul 4.20 petang itu, polis menahan sebuah jongkong yang sedang menuju ke Sungai Nyamuk dan hasil pemeriksaan pihak berkuasa menemui gula yang bernilai RM345.60 itu.

Polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang memegang pasport Indonesia dan merupakan juragan jongkong itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Husaini berkata dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, PGM merampas 8,428 kilogram gula pasir bernilai RM22,755.60. BERNAMA

Artikel Lain