H1N1: Tiada kematian baru, 310 telah didiscaj keluar hospital - Semasa | mStar

H1N1: Tiada kematian baru, 310 telah didiscaj keluar hospital

KUALA LUMPUR: Tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan Influenza A(H1N1) didaftarkan Sabtu ini, manakala seramai 230 pesakit dengan gejala penyakit seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke wad.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata seramai 310 pesakit telah didiscaj keluar dari hospital menjadikan baki yang dirawat setakat ini seramai 1,476 pesakit di 102 buah hospital termasuk tiga hospital swasta di seluruh negara.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 316 kes disahkan positif H1N1, di mana 40 daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat kemasukan baru manakala lapan kes dipindah keluar dari unit itu.

"Daripada 40 kes yang sedang dirawat di ICU, 25 kes (63 peratus) mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak/bayi (tujuh), diabetes (lima), penyakit kronik (lima), asma/COAD (tiga), obesiti (tiga) mengandung/postnatal (satu) dan kanak-kanak istimewa (satu)," katanya dalam kenyataan media mengenai situasi semasa wabak H1N1 di negara ini Sabtu ini.

Dr Mohd Ismail berkata laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dan melibatkan 182 negara.

Sehingga pukul 8 pagi ini, menurut WHO peningkatan kes jangkitan H1N1 dicatat sebanyak 1,227 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 234,569 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 34, menjadikan keseluruhan kematian sehingga kini sebanyak 2,433, katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohd Ismail menasihatkan individu yang mempunyai gejala ILI supaya bertanggungjawab tidak menyebarkan jangkitan dengan tidak mengunjungi tempat-tempat awam yang sesak termasuk Bazar Ramadan, Masjid dan rumah-rumah ibadat lain.

"Ini adalah kerana anda masih boleh menyebarkan penyakit walaupun mengalami gejala demam dan batuk ringan. Sekiranya terpaksa mengunjungi tempat awam, pemakaian mask (topeng mulut dan hidung) menjadi kemestian sepanjang masa," katanya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain