suria

Peguam didapati bersalah pecah amanah

KUALA LUMPUR: Seorang peguam, R. Chandrasekar didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini terhadap tuduhan pecah amanah melibatkan hampir RM100,000 kirakira 14 tahun lalu.

Hakim Noradidah Ahmad mensabitkan Chandrasekar, 48, di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan yang munasabah.

Noradidah menetapkan 28 Ogos sebagai tarikh untuk jatuh hukum terhadap Chandrasekar.

Chandrasekar yang merupakan seorang daripada peguam di firma guaman C. Ramanathan & Associates didakwa melakukan pecah amanah wang tunai milik pelanggan firma guaman itu berjumlah RM99,969.52 yang diamanahkan kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat firma guaman berkenaan di No 483, Jalan Memanda, Ampang Point, antara 23 Dis, 1995 dan 10 Jun 1996, mengikut Seksyen 409, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, sebatan dan denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud manakala Chandrasekar diwakili peguam M.Puravalen. BERNAMA

Artikel Lain