suria

PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (RABU)

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini(Rabu, 19 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini.

3.35 petang: Mahkamah ditangguhkan hingga Isimi depan bagi memberi ruang kepada pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan.

3.30 petang: Koroner Azmil Muntapha mengarahkan supaya pegawai penyiasat bagi kes Teoh menjalankan satu siasatan berhubung sepucuk surat yang diterima oleh Gobind pada petang semalam. Surat tersebut dipercayai merupakan pendedahan baru yang dapat membantu kes inkues tersebut.

3.12 petang: Prosiding inkues bermula. Ahli keluarga mendiang Teoh iaitu bapanya, Teoh Leong Hwee, 62, ibunya, Teng Shuw hor, abangnya, Teoh Beng Kee, 33 dan adik perempuannya, Teoh Lee Lan, 29 turut hadir pada prosiding hari ini. Ibu Teoh yang berada di barisan hadapan tempat duduk awam turut membawa gambar mendiang Teoh.

Artikel Lain