suria

Konstabel polis cedera disimbah asid

JOHOR BAHARU: Seorang konstabel polis mengalami kecederaan di badan selepas disimbah asid oleh isterinya di rumahnya di Nusajaya, di sini, semalam.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika anggota polis berusia 20-an itu berada di dalam rumah berkenaan bersama teman wanitanya.

Anggota polis itu dipercayai sedang dalam proses perceraian dengan isterinya.

Akibat kejadian itu, mangsa yang melecur teruk kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah manakala teman wanitanya yang cedera ringan turut dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Katanya, isteri anggota polis itu yang berusia 20an itu kini ditahan dan polis sedang menyiasat motif kejadian berkenaan. BERNAMA

Artikel Lain