suria

Karpal hina Sultan Perak: Mahkamah putuskan esok sama ada boleh terima rakaman video

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan memutuskan esok sama ada boleh diterima rakaman video persidangan akhbar Karpal Singh pada 6 Feb, di mana beliau didakwa membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Perak.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah berkata beliau memerlukan masa untuk memutuskan mengenai isu itu setelah mendengar hujah-hujah pendakwaan dan pembelaan hari ini.

Peguam utama Karpal Singh, Jagdeep Singh Deo berkata rakaman jurukamera RTM Adial Hari Singh selama 37 minit, hendaklah diputuskan pada akhir kes pendakwaaan dan bukan pada peringkat perbicaraan ini.

Katanya beliau membantah permohonan pendakwaan untuk mengemukakan rakaman tersebut sebagai keterangan atas alasan keseluruhan rakaman tersebut tidak ditonton oleh saksi berkenaan yang juga pembuat barang keterangan.

"Ketepatan, keseinambungan dan kepastian adalah perkara penting yang ada dalam kes ini pada peringkat tersebut, di mana saksisaksi pendakwaan sendiri bersetuju bahawa rakaman itu terputus enam kali. BERNAMA

Artikel Lain