suria

Bekalan gula dijangka berkurangan akibat faktor cuaca

BUKAN GURAUAN...Seorang peniaga kedai runcit Wan Salleh Wan Jusoh terpaksa meletakkan nota yang bertulis bekalan gula di kedainya di Taman Nakhoda, Kuala Terengganu telah habis dijual sejak seminggu yang lalu. Bagaimanapun, pelanggan masih lagi datang ke kedainya untuk membeli gula. Foto THE STAR Oleh: M. AZHAR ARIF.

PETALING JAYA: Bekalan gula di seluruh dunia dijangka berkurangan disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu lewat kebelakangan ini.

Perkara itu dijangka akan meningkatkan harga bahan komoditi tersebut.

Bekalan gula mentah yang didagangkan di pasaran New york meningkat sebanyak 86 peratus.

Cuaca buruk yang berlaku di India dan kelewatan penuaian serta kerosakan tanaman di Brazil yang merupakan pengeluar gula terbesar di dunia telah mengakibatkan pengurangan penawaran bekalan komoditi terbabit.

India kini berhadapan dengan musim kemarau paling teruk dalam tempoh 83 tahun.

Perkara yang dijangka berlaku akibat kekurangan gula:

* Bekalan gula dijangka terus berkurangan di kebanyakan kedai runcit di Lembah Klang namun bekalannya di pasar raya dijangka kembali seperti sediakala.

* Bekalan gula di kawasan lain di Semenanjung Malaysia dijangka mencukupi.

* Pihak berkuasa berkata masalah bekalan gula wujud disebabkan oleh tindakan kilang-kilang penapisan gula tempatan yang telah mengurangkan pengeluaran gula masing-masing selepas berlaku masalah lebihan pengeluaran dalam tempoh separuh tahun pertama.

Artikel Lain