suria

APMM tahan kapal nelayan asing

KUANTAN: Sebuah kapal pukat tunda laut dalam milik nelayan Thailand yang menyerupai kapal nelayan tempatan bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa berjaya ditahan di kawasan pelantar minyak Mulut kira-kira 120 batu nautika dari sini, semalam.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Kuantan Komander Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata kapal berwarna biru bersama 11 nelayan asing warganegara Thailand termasuk dua tekong itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari.

Beliau berkata rondaan kapal KM Lang bersama 25 anggota menemui kesemua nelayan berusia antara 14 dan 49 tahun terbabit sedang memukat ikan secara haram di lokasi kejadian.

"Mereka yang sedar dengan kehadiran kapal kami itu kemudian cuba untuk melarikan diri sebelum kesemua mereka ditahan 30 minit selepas itu," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini. Katanya pihaknya turut merampas kirakira

1,000 tan pelbagai jenis ikan dan 350 kilogram ikan baja dengan nilai rampasan kira-kira RM2,000.

Wan Mat berkata kesemua nelayan terbabit diserahkan kepada pihak polis setibanya di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini pada 8 pagi tadi. BERNAMA

Artikel Lain