suria

Sindiket curi kenderaan, ragut di Miri tumpas

MIRI: Polis menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan, ragut dan pecah rumah di sini dan Bintulu apabila menahan tujuh orang yang disyaki anggota kumpulan itu dalam operasi sepanjang minggu lepas.

Polis turut menemui semula beberapa barangan yang dipercayai dicuri termasuk dua kenderaan, tiga utas rantai emas, wang tunai dan telefon bimbit yang keseluruhannya dianggar bernilai RM120,000.

Kumpulan itu dikatakan bergiat sejak enam tahun lepas dan polis kini memburu tiga lagi anggota kumpulan itu, kata ACP Jamaludin Ibrahim pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jamaludin berkata siasatan awal polis mendapati kumpulan itu terlibat dalam sekurangkurangnya 11 kes curi kereta dan ragut yang dilaporkan di sini dan di daerah Bintulu, kira-kira 270 kilometer ke selatan bandaraya ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain