suria

Perompak curi komputer bernilai, RM200,000

ALOR SETAR: Sekumpulan perompak melarikan komputer riba bernilai kirakira RM200,000 selepas memecah masuk sebuah kedai komputer di Lebuhraya Darul Aman di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Alor Setar, DSP Fiesal Libertus Abdullah berkata kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 6.30 petang semalam hingga awal pagi ini.

Beliau berkata pemilik kedai, Lim Chia An, 35, menyedari kejadian itu selepas syarikat keselamatan memaklumkan kepadanya awal pagi ini mengenai sistem penggera di kedainya yang berbunyi.

"Lim bergegas ke kedainya dan mendapati mangga pintu depan dipotong dan hampir 70 set komputer riba hilang dari simpanan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Fiesal berkata kumpulan itu dipercayai menggunakan lori yang dicuri di Pekan Cina di sini semalam untuk mengangkut komputer dalam kejadian tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain