suria

H1N1: 3 lagi kematian direkodkan

PETALING JAYA: Sebanyak tiga lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kini mencecah 59 kes.

Sebanyak 209 jangkitan baru direkodkan melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, hari ini.

Katanya, mangsa pertama adalah seorang lelaki menghidap obesiti berusia 22 tahun yang meninggal dunia disebabkan virus radang paru-paru.

Mangsa kedua adalah seorang lelaki berusia 29 tahun yang menghidap penyakit injap jantung.

Mangsa ketiga adalah seorang wanita berusia 44 tahun yang pernah menghidap asma dan meninggal dunia disebabkan radang paru-paru.

Dr Ismail berkata, mereka yang mempunyai simptom influenza sederhana masih mengunjungi pusat membeli-belah, melancong, bekerja, pergi ke sekolah dan mengambil pengangkutan awam.

"Kementerian mendapati kebanyakan mereka tidak memakai topeng muka sementara mereka yang memakai topeng muka adalah mereka yang sihat," katanya.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai simptom influenza supaya tinggal di rumah sehingga pulih.

Artikel Sebelum

Artikel Lain