Beg berisi 57,000 pil dipercayai Eramin 5 ditinggalkan di tepi jalan - Semasa | mStar

Beg berisi 57,000 pil dipercayai Eramin 5 ditinggalkan di tepi jalan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 57,000 pil dipercayai dadah Eramin 5 dianggar bernilai RM855,000 ditemui dalam dua beg yang ditinggalkan di tepi jalan di Sungai Kayu Ara, Damansara, di sini semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata beg itu ditemui orang awam tengah hari semalam, dan menurutnya ia mungkin ditinggalkan oleh kumpulan penjenayah semasa cuba melarikan diri ketika diserbu polis.

"Kami masih tidak tahu kenapa dadah itu ditinggalkan, mungkin penjenayah itu (tinggalkan beg) dikejar polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bebas Dadah, Pameran dan Ceramah Anti Dadah peringkat daerah Petaling di Seri Kembangan dekat sini, hari ini.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dadah itu supaya tampil membantu siasatan polis. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain