suria

Siasatan kejadian Jaya Supermarket runtuh selesai

KEADAAN bangunan Jaya Supermarket yang runtuh pada 11 Ogos lalu yang mengakibatkan enam nyawa terkorban.--fotoTHE STAR

SHAH ALAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Selangor telah menyiapkan laporan akhir siasatan punca bangungan lama Jaya Supermarket di Petaling Jaya runtuh dan mengakibatkan tujuh pekerja Indonesia terkorban.

Pengarahnya Amir Yahya berkata laporan itu telah dihantar ke jabatan perundangan DOSH untuk tindakan selanjutnya.

Pada 28 Mei, sebahagian bangunan itu runtuh ketika kerja merobohkannya dijalankan.

Kejadian itu menyebabkan kerja meruntuhkan bangunan itu ditangguh sehingga siasatan oleh jabatan lain dan Dewan Bandaraya Petaling Jaya selesai.

Mengenai kejadian gas ammonia bocor di Tanjung Karang pada 11 Ogos yang menyebabkan enam mati, Amir berkata siasatan sedang dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh dua minggu. BERNAMA

Artikel Lain