suria

Polis tahan lelaki berhubung kes pukul Pengerusi Kampung Buah Pala

PULAU PINANG: Polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun bagi membantu siasatan kejadian Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala (PPKBP), M Sugumaran dipukul di bahagian kepala di hadapan rumahnya di kampung berkenaan semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan beberapa jam selepas kejadian pada pukul 8.30 malam tadi.

"Lelaki itu kini direman seminggu bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini dan menurutnya siasatan awal mendapati kejadian berkenaan berlaku akibat salah faham.

Sementara itu, Sugumaran berkata semasa kejadian beliau berada di hadapan rumah dan tiba-tiba datang seorang lelaki menyerangnya menggunakan sebatang besi.

"Saya cuba mempertahankan diri, bagaimanapun gagal kerana lelaki berkenaan berada di luar kawalan ekoran dalam keadaan mabuk," katanya yang menerima dua jahitan. BERNAMA

Artikel Lain