suria

Kayveas: Mari bersatu kembali dan terus bekerjasama

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M Kayveas mengajak ahli parti itu agar kembali bersatu dan berkerjasama demi kepentingan parti.

Beliau berkata para ahli perlu bergerak maju untuk memperkuatkan Barisan Nasional (BN).

"Kita perlu berkerjasama dengan Barisan Nasional dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak serta bagi mencapai slogan 1Malaysia," katanya.

Semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengumumkan bahawa siasatan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROs) mendapati Kayveas merupakan presiden PPP yang sah.

Beliau juga berkata ROS mendapati pelantikan Datuk T. Murugiah sebagai presiden PPP melalui mesyuarat agung khas pada 24 Mei lalu tidak boleh diterima kerana tidak mematuhi perlembagaan parti itu.

Kayveas turut mengucapkan terima kasih kepada Hishammudin dan Najib kerana kepercayaan yang telah mereka berikan kepadanya. BERNAMA

Artikel Lain