suria

PGM Tawau rampas 10,000 kg gula sejak Januari

TAWAU: Pasukan Gerakan Marin Tawau (PGM) berjaya merampas 9,918 kilogram gula pasir dan 10,115 kilogram minyak masak dalam operasioperasi cegah penyeludupan yang dilancarkan antara Januari dan Julai tahun ini.

Pegawai Memerintahnya DSP Husini Zainal Abidin berkata keduadua barang kawalan itu dirampas ketika cuba diseludup keluar sama ada menggunakan bot penumpang atau bot persendirian.

"Kebanyakan keskes penyeludupan melibatkan rakyat asing. Mereka cuba menyeludup sama ada menggunakan feri atau jongkong," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan serta pemeriksaan menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri, yang biasanya akan mengakibatkan keskes penyeludupan melonjak.

Menurutnya semua aset PGM termasuk bot laju pelbagai guna "Water Cat M14" yang berharga RM4.9 juta yang baru sahaja diterima pihaknya, akan digunakan bagi menjalankan rondaan di kawasan laut dan pesisir pantai. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain