suria

Peguam mengaku tidak bersalah pecah amanah RM158,000

JOHOR BAHARU: Seorang peguam dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan berasingan melakukan pecah amanah kesemuanya berjumlah RM158,000 kirakira sembilan tahun lepas.

Md Madzhar Mohd Sapuan, 43, yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah terhadap ketigatiga pertuduhan itu.

Di Mahkamah Sesyen yang pertama, dia dituduh menyalahgunakan cek Bank Bumiputra Commerce bernombor 190215 bernilai RM80,000 di pejabat Madzhar Mohd Sapuan & Co. di Menara Metropolis pada 30 Nov, 2000.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir membenarkan Md Madzhar diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Dis sebagai tarikh perbicaraan.

Di Mahkamah Sesyen yang lain, Md Madzhar didakwa menipu sekeping cek Bank Bumiputra bernilai RM25,000 di pejabat yang sama pada 15 Dis, 2000.

Hakim Jamaluddin Mat membenarkan dia diikat jamin RM25,000 dan menetapkan 15 Okt sebagai tarikh sebutan kes.

Di sebuah lagi Mahkamah Sesyen, dia didakwa menipu wang tunai pelanggannya Sakiran Nor sebanyak RM53,000, yang sepatutnya digunakan untuk membayar pemaju perumahan pada 8 Jan lepas.

Hakim Abd Ghafar Ab Latif mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 2 Dis untuk sebutan kes. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain