suria

PKFZ: PKA buat laporan terhadap Kuala Dimensi, BTA Architect

LAPORAN POLIS... Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Klang, pagi tadi.
LAPORAN POLIS...  Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Klang, pagi tadi.
LAPORAN POLIS... Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Klang, pagi tadi.

KLANG: Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng pagi tadi membuat laporan polis terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) ekoran percubaan mengenakan bayaran melampau antara RM500 juta dan RM1 bilion dalam mengendalikan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pada masa yang sama, beliau juga membuat laporan terhadap BTA Architect yang menjadi penasihat kepada projek PKFZ.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada pukul 10.30 pagi.

Beliau bgaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu ini. Biar pihak polis menyiasat isu ini," katanya.

Lee tiba di balai polis berkenaan bersama beberapa orang peguam dan pegawainya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran laporan yang dibuat terhadap dua syarikat terbabit.

"Ada terlalu banyak fakta mengenainya. Jika saya dedahkannya kepada anda (wartawan) saya mungkin akan disaman.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenainya. Biar pihak polis menjalankan siasatan dalam isu ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan hari ini.

Menurut Lee, ini kali pertama PKA membuat laporan terhadap KDSB.

Tambahnya, laporan yang dibuat hari ini adalah berdasarkan kepada sidang media yang diadakan di Kementerian Pengankutan semalam.

Semalam, Lee berkata anggota PKA telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan kandungan laporan penuh yang disediakan oleh Pasukan Petugas Khas yang dibentuk bagi melihat secara mendalam dan terperinci aspek-aspek perundangnan projek PKFZ dan juga PKS ekoran laporan yang disediakan oleh Pricewaterhouse Coopers baru-baru ini.

Ketika ditanya sama ada beliau akan melaporkan isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lee berkata: "Hari ini saya hanya diarahkan membuat laporan polis berhubung isu ini."

"Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah PKA yang akan diadakan Selasa depan," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain