Keputusan kes rasuah Kasitah Gadam didengar esok - Semasa | mStar

Keputusan kes rasuah Kasitah Gadam didengar esok

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan esok sama ada bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam perlu mengemukakan pembelaan terhadap dakwaan rasuah dan penipuan.

Hakim Suraya Othman dijadual menyampaikan keputusannya sebelah pagi.

Pada 12 Februari 2004, Kasitah, 61, juga bekas Pengerusi Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB), didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi SLDB untuk kepentingan kewangannya dengan mengambil bahagian dalam membuat keputusan untuk meluluskan penjualan 16.8 juta saham Sapi Plantations yang dipegang oleh lembaga tersebut kepada Briskmark Enterprise Sdn Bhd.

Dia juga didakwa menipu SLDB dengan tidak mengumumkan tawaran PPB Oil Palms Sdn Bhd untuk memperuntukkan lima saham syarikat itu bagi setiap saham Sapi Plantations dalam cadangan PPB untuk disenaraikan pada Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE), kini Bursa Malaysia.

Sejumlah 31 saksi pendakwa telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan itu sejak ia pertama kali didengar pada awal 2007.

Antara saksi yang dipanggil memberi keterangan termasuk bekas Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Tan Sri Joseph Kurup dan bekas Ketua Pegawai Operasi CIMB Bank Berhad Tan Sri Munir Majid. BERNAMA

Artikel Sebelum

KENYATAAN PENUH PENGERUSI PKA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain