suria

TKM1 P.Pinang angkat sumpah ADUN

PULAU PINANG: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Undangan Negeri(DUN) Penanti.

Mansor, 59, yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti pada 31 Mei lepas mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan DUN Pulau Pinang, di sini.

Pada pilihan raya itu, Mansor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menewaskan tiga calon bebas dengan majoriti 5,558 undi.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin, yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1, meletak jawatan dengan alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah. BERNAMA

Artikel Lain