suria

Anwar pengkhianat bangsa: NGO sokong kenyataan Muhyiddin

SOKONG... Sebahagian daripada 1,000 penyokong Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkumpul di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bagi menyatakan sokongan terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyokong kenyataan Muhyiddin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pengkhianat. -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis Belia Malaysia berhimpun di pekarangan Menara Dato' Onn di sini bagi menyatakan sokongan terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Mereka mula berkumpul sejak pukul 10.45 pagi dengan memegang kain rentang yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin dan mengecam Anwar sambil melaungkan "Hidup, hidup Tan Sri Muhyiddin... benam, benam Anwar Ibrahim."

Mereka berkumpul kira-kira setengah jam sebelum Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) tiba untuk menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Mohamed Aziz ketika berucap pada perhimpunan secara aman itu berkata, mereka semua berkumpul pada hari ini untuk menunjukkan bahawa Muhyiddin tidak keseorangan dalam melabelkan Anwar sebagai pengkhianat.

"Dalam Islam, ada ungkapan dan istilah al-Munafiqin, al-Khazaf (untuk melabelkan pengkhianat)... dalam bahasa ibunda, ada istilah pembohong, pendusta, penderhaka, putar belit, penyangak.

"Seluruh gelaran ini boleh kita lemparkan kepada Anwar.

"Bila Tan Sri Muhyiddin beri istilah pengkhianat, ia salah satu gelaran yang tepat kepada Anwar," katanya.

Muhyiddin tiba di pekarangan Menara Dato' Onn kira-kira pukul 11.20 pagi.

Sebaik beliau tiba mereka melaungkan "Hidup Muhyiddin".

Minggu lalu, Muhyiddin dalam ucapan perasmian persidangan perwakilan Umno menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu dan pemimpin 'lidah bercabang' kerana sanggup memutarbelitkan fakta.

Berikutan kenyataan tersebut, Anwar menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin dan Utusan Malaysia memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.

Semalam, perwakilan Persidangan Umno Johor Bahru juga melaungkan slogan "Anwar Pengkhianat Bangsa" sebagai tanda sokongan terhadap Muhyiddin.

Artikel Lain