suria

Inkues minggu depan dengar keterangan patalogi, forensik

SHAH ALAM: Inkues kes kematian setiausaha politik kepada Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hoc yang akan disambung semula Isnin depan di jadual akan mendengar keterangan beberapa orang saksi termasuk ahli patalogi, pakar bedah siasat serta pakar forensik.

Peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata beliau difahamkan pada hari Rabu mahkamah mungkin akan mendengar keterangan dari pakar forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

"Isnin ini kita ada keterangan dari pakar patalogi, pakar bedah siasat... selain itu saya juga difahamkan seorang pakar pembedahan forensik juga akan memberi keterangan, itu mungkin akan ambil masa keseluruhan Isnin dan mungkin juga Selasa.

"Manakala pada Rabu kita akan dengar keterangan dari pakar forensik polis yang telah menjalankan siasatan ke atas bangunan ini... mereka telah membuat siasatan tentang bangunan ini dan mereka akan memberi gambaran yang teliti," katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan bersama Koroner Azmil Muntapha Abas di tingkat 5, 14 dan 15 Plaza Masalam semalam.

Teoh, 30, Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Negeri, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.

Kejadian berlaku selepas Beng Hock dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri di pejabat SPRM yang terletak di bangunan plaza tersebut.

Artikel Lain