suria

Polis Kuching patah cubaan seludup gula ke Kalimantan

KUCHING: Polis menahan lima rakyat tempatan kerana disyaki cuba menyeludup gula seberat 10 tan ke negara jiran.

Mereka ditahan di Jalan Batu Kitang di sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Wong Wai Loong berkata, kelima-lima lelaki tersebut yang berusia 25 hingga 40 tahun ditahan ketika sedang membawa gula berkenaan di dalam sebuah lori dan sebuah pikup.

"Hasil pemeriksaan, didapati kedua-dua kenderaan itu sarat membawa 200 kampit gula yang beratnya 50 kilogram setiap satu," katanya kepada Bernama Jumaat.

Wong berkata polis mengesyaki kelima-lima suspek tersebut cuba menyeludup gula itu ke negara jiran melalu pekan Bau.

Beliau berkata kesemua suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjutnya. BERNAMA

Artikel Lain