suria

Kerajaan Pulau Pinang mahu penduduk Kg Buah Pala setuju tawaran

PULAU PINANG: Kerajaan negeri Pulau Pinang menggesa penduduk Kampung Buah Pala supaya menerima sahaja rumah dua tingkat yang ditawarkan kepada mereka oleh Nusmtero Ventures (P) Sdn Bhd, syarikat yang akan memajukan tanah milik sebuah koperasi yang kini didiami oleh mereka.

"Mereka harus berfikiran rasional dan bersetuju dahulu terhadap tawaran bagi hartanah pajakan 99 tahun itu sebelum kita sediakan rancangan terperinci termasuk memberi mereka masa untuk berpindah," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng kepada pemberita di sini hari ini.

Lim berkata kerajaan negeri berharap penduduk di situ tidak terus dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengatasi isu itu.

Beliau berkata tiada apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri jika penduduk berterusan membuat permintaan yang tidak munasabah.

"Penduduk kampung akan hilang sokongan masyarakat awam dan hilang segalanya jika perkampungan itu dirobohkan," katanya. Mengenai permintaan penduduk supaya diberikan masa menimbang tawaran itu, Lim berkata beliau akan menunggu keputusan mereka hari ini.

"Kita tunggu hingga tengah hari ini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Isu Kampung Buah Pala tercetus selepas Mahkamah Persekutuan mengeluarkan perintah supaya 23 keluarga yang tinggal di tanah milik Koperasi PegawaiPegawai Kerajaan Pulau Pinang itu, mengosongkannya 2 0gos lalu.

Namun penduduk enggan berpindah dengan mendakwa tanah itu diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini tanpa persetujuan mereka. BERNAMA

Artikel Lain