suria

Petunjuk baru kesan tiga lelaki rompak kedai emas

KUALA LUMPUR: Polis mendapat petunjuk baru berhubung tiga lelaki yang terbabit dalam rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Taman Connaught, Cheras, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya sudah mengambil dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit sejurus selepas kejadian.

"Berdasarkan rakaman tersebut pihak polis dapat melihat wajah suspek dan siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenalpasti identiti mereka," katanya.

Khairi berkata pemeriksaan polis di tempat kejadian turut menemui beberapa sampel cap jari dan telah dihantar ke makmal untuk ujian.

Dalam kejadian rompakan pukul 1.30 petang Rabu itu, tiga lelaki, berumur lingkungan 30 dan 40 tahun,bersenjatakan dua pucuk pistol serta sebilah kapak bertindak melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain