suria

Peniaga tuntut ganti rugi RM20 juta terhadap GMI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 persatuan mewakili peniaga, penjaja, hotel bajet dan pemandu teksi serta individu yang perniagaan mereka akibat demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu lepas, membuat tuntutan ganti rugi lebih RM20 juta terhadap penganjur perhimpunan haram itu.

Persatuanpersatuan itu hari ini menyerahkan memorandum tuntutan itu kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di sini.

Antara persatuan yang terlibat ialah Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Hotel Bajet Malaysia, Persatuan Tekstil Wilayah Persekutuan serta Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia.

"Kita akan menghantar surat tunjuk sebab kepada GMI (Gerakan Mansuh ISA, penganjur demonstrasi itu) bagi dipertanggungjawabkan ke atas kerugian yang ditanggung oleh peniaga dan pemandu teksi ini.

"Ini kerana demonstrasi haram yang berlaku memang memberi kesan negatif kepada peniaga, pengusaha hotel dan pemandu teksi terutamanya di sekitar Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman," kata Raja Nong Chik kepada pemberita.

Sabtu lepas, 10,000 orang menyertai demonstrasi jalanan anjuran GMI di beberapa lokasi sehingga menyebabkan kesesakan teruk di sekitar ibu negara manakala beberapa premis perniagaan terpaksa ditutup.

Pada satu majlis berasingan, Raja Nong Chik berkata DBKL dan IGB Corporation Bhd akan bekerjasama meningkatkan prasarana kemudahan jalan di sekitar Mid Valley City di sini.

"Berapa cadangan telah dikemukakan oleh IGB Corporation Bhd, pemaju pusat membeli belah itu, untuk mengurangkan kesesakan jalan di sekitar kawasan itu, terutamanya pada waktu puncak.

"Kami akan membuat kajian berdasarkan cadangancadangan itu yang mungkin akan direalisasikan dalam masa terdekat ini," katanya selepas melawat pusat beli belah itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain