Pencuri larikan wang peniaga bernilai RM7O ribu

TUMPAT: Dua lelaki melarikan wang seorang peniaga bahan binaan bernilai RM7O,000 di Kampung Kutan dekat sini pagi tadi.

Peniaga berusia 70 tahun itu turut cedera selepas ditendang peragut dalam kejadian kirakira 7.30 pagi.

Wang tersebut merupakan hasil kutipan hutang pelanggan peniaga tersebut.

Anak mangsa yang enggan dikenali berkata, bapanya baru sahaja tiba di kedai itu apabila tibatiba dia didatangi dua lelaki yan tidak dikenali dalam sebuah kereta.

"Tibatiba seorang daripada lelaki berkenaan keluar dari kereta tersebut dan terus meluru ke arah bapa saya yang sedang berdiri di hadapan kedainya, menendangnya dan terus meragut beg yang sedang dipegangnya sebelum melarikan diri," kata anak mangsa kepada pemberita.

Beliau berkata wang tersebut adalah hasil daripada bayaran hutang pelanggan yang dikutip pada hari sebelum itu.

"Wang tersebut sepatutnya dimasukkan ke bank semalam tetapi tidak sempat kerana hari sudah lewat petang," katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Wakaf Baharu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Khalid Munap mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Polis telah melancarkan gerakan memburu dua suspek berkenaan dan kes tersebut disiasat atas jenayah mencuri, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain