suria

Inkues Teoh: Lokasi kejadian dilawat esok

SHAH ALAM: Inkues kematian setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock ditangguhkan hingga Isnin selepas tiga lagi saksi selesai memberi keterangan pada hari ketiga prosiding hari ini.

Bagaimanapun Koroner Azmil Mustapha Abas memberi kebenaran kepada permohonan peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo untuk mengadakan lawatan bagi meninjau kawasan tempat kejadian untuk mendapatkan gambaran jelas, esok.

Gobind ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu bahawa koroner akan turut menyertai lawatan tersebut serta dua orang wakil peguam dari setiap pihak juga akan turut serta.

"Esok koroner setuju untuk adakan lawatan bagi mendapatkan gambaran jelas tentang tempat kejadian.

"Bagaimanapun masa belum ditetapkan kerana pihak polis perlu membuat persediaan, kita akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Semalam inkues menyoal enam saksi manakala hari ini pula tiga orang lagi ahli kimia dipanggil.

Inkues disambung Isnin depan.

Artikel Berikut

Artikel Lain