suria

Permatang Pasir: Speaker DUN P. Pinang kemuka notis kekosongan

PULAU PINANG: Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Abdul Halim Hussain berkata beliau telah mengemukakan notis mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Permatang Pasir kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Beliau berkata notis itu dihantar kepada Pejabat SPR negeri kira-kira 2.25 petang ini memaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN itu.

"Kami telah maklumkan SPR dan kini terpulang kepada mereka untuk menentukan tarikh penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN itu," katanya kepada pemberita di sini.

Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandang Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS, akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, Jumaat lepas.

SPR dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain