suria

Mayat bayi ditemui dalam mangkuk tandas guru

SUNGAI PETANI: Mayat seorang bayi perempuan dipercayai berusia kurang tiga hari ditemui dalam mangkuk tandas guru wanita di Sekolah Menengah Agama Gurun, dekat sini semalam.

Mayat bayi yang cukup sifat dan masih mempunyai tali pusat itu ditemui seorang guru wanita sekolah itu kira-kira pukul 9 pagi.

Polis percaya bayi itu meninggal dunia dalam tempoh tiga hari berdasarkan kesan darah kering pada mayatnya, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali.

Beliau berkata, Pengetua sekolah itu yang enggan namanya disiarkan membuat laporan di Balai Polis Gurun setelah dimaklumkan oleh guru wanita yang menemui mayat bayi itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain