suria

Kerajaan fail permohonan halang rumah Kg. Buah Pala

PENDUDUK Kampung Buah Pala yang lebih dikenali sebagai High Chapparal membuat demonstrasi di kampung itu yang turut disertai pelbagai badan bukan kerajaan, Hindraf, Pemuda MIC dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang hari ini. Demonstrasi itu diadakan sebagai menyokong penduduk Kampung Buah Pala untuk mempertahankan kampung itu daripada dirobohkan pemaju. - foto The Star oleh TAN SIN CHOW

PULAU PINANG: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi esok bagi menghalang rumah-rumah di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor daripada dirobohkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer berkata, pihaknya sepatutnya memfailkan notis hari ini tetapi Pegawai Daerah Timur Laut Azizi Zakaria belum menandatangani dokumen berkaitan.

Notis difailkan di bawah Seksyen 116(1(d) Kanun Tanah Negara.

"Kami hanya boleh memfailkan sebaik Azizi menandatangani dokumen berkenaan. Saya telah berada di Mahkamah Tinggi sehingga pukul 4.30 petang tadi dan kami perlu menunggu hingga esok untuk memfailkannya," kata beliau ketika ditemui wartawan di Mahkamah Tinggi hari ini.

BERITA TERDAHULU: Kerja roboh Kg Buah Pala ditangguh esok

Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ng Wei Aik pula berkata, kerajaan negeri telah melantik Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dan Rayer untuk memfailkan permohonan itu.

Ng, yang melawat Kg. Buah Pala pagi tadi berkata, kerajaan negeri akan menyokong pendirian penduduk kampung berkenaan.

"Walaupun masa semakin suntuk, kami akan cuba untuk berunding dengan Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd dan pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd.," katanya.

AMARAN

Dalam pada itu, Lim memberi amaran kepada Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Pulau Pinang, pemilik tanah Kampung Buah Pala, supaya tidak merobohkan rumah penduduk di situ esok sehingga satu penyelesaian yang tidak merugikan mana-mana pihak dapat dicapai.

"Jika koperasi berkeras untuk merobohkan rumahrumah di situ, kerajaan negeri tidak ada pilihan selain membatalkan perintah yang dikeluarkan untuk pembangunan kampung itu," katanya kepada pemberita hari ini bagi mengulas kenyataan Pengerusi koperasi itu, Abdul Razak Mansor semalam bahawa sebarang rundingan mengenai penempatan semula penduduk kampung itu hanya dapat dijalankan selepas rumah mereka dirobohkan.

Sebanyak 23 keluarga yang masih tinggal di kampung itu gagal dalam rayuan mereka di mahkamah untuk terus tinggal dan telah diarah berpindah dari tanah milik koperasi itu selewatlewatnya hari ini.

Namun mereka enggan berbuat demikian kerana berpegang kepada janji beberapa ahli politik pembangkang semasa kempen pilihan raya tahun lepas untuk membantu mereka.

Dipetik Bernama, Lim berkata, kerajaan negeri tidak mampu membeli tanah itu daripada koperasi atau pemajunya untuk membolehkan kumpulan keluarga itu terus menetap di situ.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain