suria

ISA: 29 termasuk seorang remaja didakwa

Sebahagian daripada 29 individu ditahan reman kerana terlibat dalam perhimpunan haram anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini. --fotoTHE STAR

KUALA LUMPUR: Dua puluh sembilan orang yang ditahan reman kerana terlibat dalam perhimpunan haram anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini.

Enam belas daripada mereka didakwa kerana terlibat dalam perhimpunan haram di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan manakala 13 lagi termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Kesemua mereka kecuali remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan RM500 dan seorang penjamin.

Bagaimanapun remaja terbabit, Faizuddin Hamzah Kadeni dibebaskan dengan jaminan RM300 tanpa penjamin.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohd. Sekeri Mamat.

Bagaimanapun kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim tetapkan 4 September depan untuk perbicaraan kes.

Mereka adalah antara kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang turut disertai parti politik seperti PKR, DAP dan PAS dan badanbadan bukan kerajaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain