suria

Bayi: Pengawal keselamatan wanita ditahan bantu siasatan

ALOR SETAR: Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 tahun telah ditahan berhubung kejadian mayat bayi perempuan, dipercayai berusia kurang tiga hari, ditemui dalam mangkuk tandas guru wanita Sekolah Menengah Agama Gurun dekat Sungai Petani, semalam.

Wanita yang telah berkahwin itu ditahan di rumahnya pada pukul 11 malam tadi.

Dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan.

Wanita itu kini ditahan direman.

Dia juga telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan lanjut, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali.

Mayat bayi yang cukup sifat dan masih mempunyai tali pusat itu ditemui seorang guru wanita sekolah itu kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Polis percaya bayi itu meninggal dunia dalam tempoh tiga hari berdasarkan kesan darah kering pada mayatnya, kata Hashim Ali semalam.

Beliau berkata, pengetua sekolah itu yang enggan namanya disiarkan membuat laporan di Balai Polis Gurun setelah dimaklumkan oleh guru wanita yang menemui mayat bayi itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain